
Sulit
5 tahun
Period Hampir Sebulan Lebih
Saya wanita berusia 23 tahun . 2 bulan yg lalu saya mengambil suntikan perancang kali kedua . Dan baru baru ni, saya period hampir sebulan lebih … Badan makin kurus, emosi tak stabil, sering sakit kepala . Saya nk tnye adakah itu normal? Appt untuk suntikan kaki ketiga saye minggu lepas 12/9 tapi waktu tu saya masih lagi period, tambahan pula saya terlupa tarikh . Akan ade masalah ke nanti jika saya tak ambil? Saya rasa mcm nak stop ambil suntikan dan tukar perancang lain … Kalau mcm kita ade tiroid, boleh ambil pil perancang ke? Maaf banyak bertanya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid berjalan lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada suntikan perancangansebetulnya suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda suntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik. Justeru, boleh dikatakan efek perancang dalam mencegah kehamilan, akan ada dan berfungsi di tubuh anda selama tempoh tersebut.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.