Sulit
4 tahun
Period keluar warna coklat
Sy umur 20thn… 2 bulan lepas period sy wrna coklat dan lebih drp 15 hari lpstu bulan berikutnya period normal wrna merah… bulan ni period sy kembali wrna coklat lgi dan lebih drp 15 hari. Adakah ianya normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda risau mengenai warna darah haid anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, darah haid berwarna coklat biasanya berlaku pada awal atau penhujung haid disebabkan darah ‘tua’ ataupun darah yang telah dioksida. Darah haid berwarna coklat juga dikaitkan dengan tahap estrogen yang tinggi. Ini adalah sesuatu perkara yang tidak perlu dirisaukan. Namun, jika anda mengalami simptom lain seperti pendarahan spotting, keputihan, dan kegatalan pada faraj, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

































