
Anonymous
5 tahun
Period lambat seminggu
Sy wanita 30 an , berkahwin, sblm ini sy ada consume pil postinor selepas bersama suami. Masalahnya sy sepatutnya sudah period minggu lepas . Apa patut sy buat ya doc? Perlukah sy berjumpa doc ? Adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kelewatan haid boleh disebabkan:
- Kehamilan - ujian UPT mungkin tidak dapat mengesan hormon yang sedikit sangat
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.