
Anonymous
5 tahun
Period lewat 5 hari. Adakah hormon sya tidak stabil
Saya berumur 35 tahun, seorang ibu tunggal… masalah saya, sebelum ini, period saya teratur, kalau lewat pun, lewat dalam 2 atau 3 hari sahaja. Last saya period adalah pada 27-5-19, dan sampai sekarang blm period lagi. Sepatutnye dalam 24 haribulan 6, saya dah dtg period, tp belom period lagi. Buat pengatahuan doktor, baru2 ini saya ada makan pil hormon cina. Baru mkn 2 biji. Adakah disebabkn pil hormon tu, period saya jd x teratur? Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala haid datang lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Faktor pemakanan (kurang makan)
- Stress (fizikal seperti bersenam kuat serta emosi)
- Masalah tiroid
- Sindrom Polisistik Ovari
- Kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.