
farhana_minion
4 tahun
Period lewat sminggu
hai doktor …saya wanita berumur 25 tahun dah sudh berkhawin setahun… period saya kekadang purata selama 31 hari,boleh saya tahu kenapa kekadang bawah perut saya ad berdenyut2, kekadang kiri kekadang kanan? adakah itu waktu subur saya? last period saya 4/11 sampai sekarang saya tak period, saya ad simptom2 sakit pinggang ,sakit celah peha dan mual sedikit ,adakah itu tanda pregnant ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid terjadi lebih lama daripada 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Puan boleh untuk melakukan “urine pregancy test” UPT atau juga dikenali sebagai ujian kandungan melalui air kencing. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih