
Anonymous
5 tahun
Period tak datang berbulan
saya wanita yang berumur 19 tahun …saya mengalami masalah period datang lambat berbulan bulan …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala haid datang lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Faktor pemakanan (kurang makan)
- Stress (fizikal seperti bersenam kuat serta emosi)
- Masalah tiroid
- Sindrom Polisistik Ovari
- Kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.