
Sulit
4 tahun
Period tak datang, last haid 18/5/20
Skrg dh sebulan 2minggu tk dtg haid,sy dh buat upt test sminggu lebih yang lepass lewat period kptusn neg-,baby dh lama stop bf & merncng sendiri keadah buang luar, ada potensi mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama sebula 2 minggu hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan- kaedah ‘withdrawal’ yang anda amalkan mempunyai kadar kegagalan sebanyak 27%. Maksudnya, dalam 100 wanita, 27 wanita akan mengandung menggunakan kaedah perancangan ini. Oleh itu, anda masih mempunyai risiko untuk hamil
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.