
Anonymous
5 tahun
Period tak teratur dan susah hendak kesan waktu subur
Saya wanita berumur 25 tahun dan suda berkahwin selama 1 tahun 6 bulan. Sebelum berkahwin period saya on off kadang 2 3 bulan baru period. Selepas setahun berkahwin, saya tidak period selama 5 bulan dan doktor bagi ubat dupaston. Selepas itu, period datang setiap bulan tetapi lewat hari. Paling lewat 35 hari. Doktor pakar suspect pcos tapi scan tiada apa-apa dalam rahim. Saya buntu apabila mengunakan OPK utk kesan waktu subur tak pernah dua line terang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon seperti pituitari dan hypothalamus
- Gangguan emosi atau tekanan berlebihan
- Masalah kesihatan badan seperti kencing manis
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid - Masalah organ wanita seperti fibroid, ovarian cyst
Masalah susah hamil juga memerlukan kerjasama pasangan anda. Pasangan juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan fizikal.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor berdekatan atau kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.