
Sulit
3 tahun
Perlukah saya buat swab test untuk kali kedua?
13/6 kawan serumah saya disahkan positive covid-19 . jadi pagi 14/6 saya pergi buat swab test dan result saya negative . petang 14/6 saya mula rasa sakit tekak . kemudian terus berlanjutan dengan hidung tersumbat , batuk-batuk sehingga hari ini . jadi perlukah saya buat swab test kali kedua ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui kenyataan anda di atas, kami memahami kerisauan mengenai status kawan serumah anda yang telah positif COVID-19, manakala anda pula telah didatangi dengan beberapa gejala lain yang membimbangkan diri anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuna anda, lazimnya jika keputusan saringan kali pertama negatif, pesakit diminta untuk melakukan ujian saringan kali kedua untuk penilaian terakhir bagi menentukan tahap kesihatan pesakit sama ada bebas atau dijangkiti COVID-19.
Memandangkan anda merupakan kontak rapat kepada kawan serumah yang telah dijangkiti COVID-19, kami nasihatkan anda untuk menyekat pergerakan ataupun aktiviti anda diluar bagi tujuan langkah keselamatan dan berjaga-jaga. Terutamanya, jika anda mengalami simptom COVID-19, anda perlu mengasingkan diri dan berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau dan rasa
Selain itu anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Memandangkan anda merupakan kontak rapat dan bergejala, oleh itu kami sarankan anda untuk melakukan (swab test) saringan kesihatan dengan mengklik pautan ini ujian saringan COVID-19. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini