
Sulit
5 tahun
Pertanyaan berkenaan HiV/Aids
Adakah blowjob boleh terdedah dengan jangkotan HiV , Si pemberi negatif HiV , dan si penerima langsung tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti Sex mahu pun oral sex, akan tetapi si penerima mempunyai ulser di hujung lidah yang belum pulih sepenuhnya , adakah si penerima boleh dijangkiti ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ulser di hujung lidah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang minum air
- Jangkitan virus Herpes
- Luka tergigit lidah
Jangkitan HIV tidak akan berjangkit apabila pasangan negatif HIV.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda merasakan terdapat risiko untuk dijangkiti seperti pasangan homoseksual, melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang berlainan, anda boleh menjalankan ujian saringan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.