Sulit
4 tahun
Pertanyaan tengang hiv
Hye doc, hiv boleh ke dijangkiti jika kita menelan air mani even tidak melepaskan air mani didalam vagina.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, risiko jangkitan HIV daripada air mani adalah tinggi memandangkan apabila anda menelan air mani, ia akan melalui sistem pencernaan (bermula daripada mulut ke esofagus ke perut ke duodenum ke usus kecil ke usus besar dan akhirnya anus) yang mana sekiranya terdapat luka ataupun keretakan mukosa dimana-mana bahagian daripada saluran pencernaan, contohnya ulser mulut, virus dapat memasuki sistem tubuh anda melalui ulser tersebut.
Sekiranya pasangan anda adalah positif HIV, silakan untuk memeriksakan diri ke doktor bagi memulakan pengubatan HIV sesegera mungkin.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.