
Anonymous
5 tahun
Pertanyaan tentang hiv
Salam dr. Sy ingin bertanya, adakah seseorang itu boleh dijangkiti hiv apabila tersentuh luka pesakit hiv. Dan adakah hiv boleh dijangkiti jika seseorang itu melakukan seks dubur dengan kedua2 mereka adalah hiv negatif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah dan air mani. Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda.
Merujuk kepada pertanyaan anda, seseorang itu boleh terkena HIV saat menyentuh luka pesakit HIV sekiranya orang yang sihat itu juga mempunyai luka sehingga terjadi kontak antara cairan luka dengan cairan tubuh (darah) orang sihat. Anda juga tida akan dijangkiti HIV daripada seseorang yang tidak mempunyai virus tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang anda hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih