Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Perut asyik berbunyi walaupun tak lapar

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 25, 2021 5:30 PM

Sulit 25 hari

Saya wanita umur 28 tahun,saya mengalami penyakit gastrik sejak beberapa bulan ni,saya kerap mengalami perut berbunyi walaupun tidak lapar,bunyinya amat kuat seperti banyak air di dalam perut,apabila lepas makan,bunyinya lagi kuat terasa loya dan sesak nafas,tabiat buang air besar saya normal tiada perubahan,saya agak bimbang adakah saya menghidap kanser perut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 25 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah perut berbunyi selepas makan. Anda juga berasa loya dan sesak nafas. Kami akan cuba membantu anda.

Secara amnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :

  • Masalah gastrik
  • GERD
  • Ulser perut
  • Masalah penghadaman (indigestion)
  • Radang usus
  • Intoleransi makanan

Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami untuk bercakap dengan doktor.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sat Sep 25 2021 17:30:44 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19