Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Perut berangain & lidah rasa macam terbakar

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 18, 2020 2:38 AM

Sulit 4 hari

Sy lelaki 27thn… dah dekat sebulan lebih perut bergelora angin Kerap kentut&sendawa, selera makan kurang sedikit. Buang air besar pun najis sgt sedikit berketul-ketul. Sekarang lidah pula rasa mcm terbakar tapi di bahagian belakang sahaja. Rasa dahaga nampak seperti ada lubang kecil di sisi kiri dan kanan bahagian belakang lidah… ujian darah dan x-ray dah buat di hsptal swasta sini saya jumpa doc pakar perut. Result keluar doc call sy ckp result ok tak ada apa2… apa pandangan doc di sini pula ya?

Dr Sashini Seeni 4 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang perut berangin dan bergelora.

Saya tidak boleh menyimpulkan sebarang kondisi perubatan kerana saya perlu menilai keputusan darah dan xray terlebih dahulu. Saya menasihatkan anda untuk bertanyakan kepastian daripada pakar yang merawat anda.

Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan pelbagi perkara. Antaranya:

  • Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
  • Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
  • Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
  • Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
  • Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Bagi masalah lidah, anda boleh berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan pandangan mereka kerana mereka lebih arif tentang kesihatan oral.

Saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor sekiranya anda mengalami

  • Gejala yang berpanjangan
  • Mengganggu aktiviti harian
  • Perubahan warna najis
  • Turun berat badan mendadak
  • Sembelit
  • Sakit perut berpanjangan

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Oct 18 2020 02:38:18 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang sendawa secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Tidak puas nafas dan ketika sendawa mcm nak muntah Saya lelaki 32 tahun dan saya mengalami tidak puas nafas dan ketika sendawa mcm rasa nak muntah. Ia berlaku setiap hari selama 5 bulan Baca lagi...
6 bulan
Anonymous
Terlalu kerap sendawa Saya wanita umur dlm awal 30 an. Saya ada masalah selalu sangat sendawa setiap saat asyik sendawa tak selasa sangat. Saya memang ada masalah gastrik.adakah ia berpunca dari masalah gastrik yang saya a… Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Sendawa angin, sesak dada Doc sy nk tnya… Sy dh lama sendawa berpanjangan… Lps tuu rasa gelisah… Jantung kurang stabil… Urut dada byk sendawa angin keluar… Nk tdo kurang selesa asyik sendawa sje… Apakah punca ia doc… Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Tekak rasa tidak selesa seperti tercekik makanan dan sendawa y xlepas Salam sejahtera, sy berusia 34thn. Sjk 3hari lepas sy berasa xselesa ditekak seperti ada mkanan yang tertinggal, sendawa y tidak lepas. Rasa xselesa ni menganggu tidur. Jika baring tekak rasa be… Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Sendawa angin yang teruk dan batuk Sendawa angin yang teruk. Kdg² sebabkan mual, kembung perut dan muntah slps makan. Batuk sprt ada sesuatu dikerongkong terutamanya waktu malam dan mengiring saat tidur. Adakah ianya gastrisis… Baca lagi...
6 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!