
Sulit
4 tahun
Perut kembung , selalu makan , emosi terganggu
Hi , haid saya bulan ini lambat , saya tak pasti apa sebabnya , tapi saya alami perut kembung , biasanya saya dtg haid hanya 5 /6 hari dan bermula anggaran dalam 21 hb tapi sampai sekarnag masih belum haid , saya risau ada apa apa penyakit atau apa last saya haid 3/12/2020 , dan mula pada 23/11/2020. , boleh tolong saya tak doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.