Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pesakit kencing manis

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Ogos 23, 2020 6:30 AM

Sulit 6 bulan

Mak saya seorg diabetic dan kakinya mulai teruk selepas mengalami melecet. Tidak pernah mendapat rawatan doctor sbb takut. Sekarang, di kwsn bdn yg lain mula gatal dan kesan kehitaman

Dr Sashini Seeni 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kencing manis ini, jika tidak dikawal, berkongsi banyak gejala termasuk:

  • Kerap kencing
  • Berasa sangat dahaga
  • Berasa sangat lapar
  • Berasa sangat penat
  • Penglihatan kabur
  • Luka yang tidak sembuh dengan betul
  • pemulihan luka yang perlahan
  • Kerengsaan
  • Perubahan mood atau emosi
  • Penurunan berat badan secara tidak sengaja
  • Kekebasan pada kaki atau tangan
  • Rasa kebas pada tangan atau kaki

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana luka tersebut boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk sehingga kaki tidak dapat berfungsi lagi. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Aug 23 2020 06:30:25 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang kencing manis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80