Sulit
3 tahun
Pil Perancang dan period tidak teratur
Saya berumur 23 tahun dan baru berkahwin. Hari ini merupakan hari ke-9 period cycle. Saya telah menggunakan postinor2 2 hari yang lalu disebabkan tidak tahu bagaimana hendak memulakan penggunaan pil perancang. Bagaimana saya ingin memulakan penggunaan pil perancang kerana saya mempunyai masalah period tidak teratur? Adakah saya perlu menunggu sehingga period cycle seterusnya? Jika selepas kehabisan pil adakah saya perlu untuk memulakan pek baharu selepas 7hari? Dan sekiranya period saya bermula adakah saya perlu memulakan pek baharu semula atau teruskan sahaja pek yang sedia ada?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, cara menggunakan pil postinor 2 ialah dengan mengambil dos yang pertama seawal-awalnya kurang daripada 72 jam selepas melakukan seks tanpa perlindungan. Dos kedua diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Untuk maklumat tambahan, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.