
Sulit
4 tahun
Pil perancang sudah habis 21biji skg hari ke 8 tk period lagi
Hari k8 pil perancang sudah habis tapi masih belum period lg

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini kerana haid anda lewat sudah lapan hari di samping mengambil pil perancang. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!