
Sulit
4 tahun
Pinggang sakit dan UTI
Salam dr sy seorg wanita berusia 32tahun…nak tnya saya baru dpt tau sy ada masalah kencing kotor dan kini baru start antibiotic. Kini sy rasa sakit pinggang ke pinggul hingga betis…adakah sy ada mslh lain?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya gangguan sakit pinggang yang menjalar ke betis boleh disebabkan oleh:
- Komplikasi dari jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (kencing kotor)
- Gangguan saluran kencing (penyakit buah pinggang, batu karang, dll)
- Gangguan saraf & otot
- Tanda-tanda awal dari penyakit menular seksual yang lain
Untuk makluman anda juga, masalah kencing kotor yang sering disebabkan oleh jangkitan kuman, lazimnya turut memberikan gejala seperti:
- sensasi panas atau gatal di bahagian kelamin
- disuria (sakit ketika kencing)
- inkontinensia (susah menahan kencing atau terlalu kerap kencing)
- dan gejala infeksi/inflamasi yang lain
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- melanjutkan penggunaan ubat dan rawatan yang telah disarankan oleh doktor anda
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.