Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pitam selepas duduk terlalu lama

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 8, 2019 10:29 AM

Anonymous 13 bulan

Saya remaja berumur 17 tahun . Saya selalu pitam selepas duduk atau mencangkung terlalu lama. Apa sebenarnya masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 13 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, keadaan anda boleh disebabkan oleh tekanan darah yang tidak normal. Tekanan darah yang normal adalah dalam lingkungan 120/80 mmHg.

Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan pitam. Antaranya ialah:

  • Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
  • Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
  • Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin

Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih

Dikemaskini pada: Sat Jun 08 2019 10:29:56 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
medina
Sering pitam dan pengsan Hai doktor, saya sering pitam dan pengsan. Adakah ini disebabkan darah rendah? Baca lagi...
17 bulan
Anonymous
Tekanan darah rendah, hipotensi Selamat pagi doktor,sy nak tanya…kalau setiap kali cek tekanan darah dan didapati tekanan darah tu rendah,adakah bahaya kalau dibiarkn tekanan darah rendah tu? Dan boleh dikatakan ada dalam 2 ke 3 kal… Baca lagi...
14 bulan
kasmah.akup
Sakit dada sebelah kiri ketika bernafas Saya ppuan usia 38 thn… Sy xde sejarah keluarga sakiy jantung, dn saya jugak tdk ada darah tinggi db kolestrol pun ok…cuma saya ada migrain dn sakit kt pinggang sebelah belakang apabila sy terlampau l… Baca lagi...
15 bulan
miradel.ar3
Kurang garam dalam badan Saya nak tahu lebih lanjut tentang sakit kurang garam dalam badan. Dalam masa yg sama, pesakit ada kolestrol. Umur pesakit 56 tahun. Apakah pemakanan terbaik untuk pesakit tersebut? Sekiranya penin… Baca lagi...
7 bulan
Anonymous
Pitam selepas duduk terlalu lama Saya remaja berumur 17 tahun . Saya selalu pitam selepas duduk atau mencangkung terlalu lama. Apa sebenarnya masalah saya? Baca lagi...
13 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi