
Sulit
4 tahun
Polip Rahim di dalam rahim wanita muda
Saya wanita berusia 23 tahun belum berkahwin & pernah melakukan hubungan seksual. Baru2 ni sy mengalami keputihan berdarah dimana pendarahan yg bukan waktu haid. Saya telah brjmpe doc pakar wanita & doc syaki sy ada polip di rahim. Jadi persoalan, adakah polip disebabkan hubungan seksual? Atau polip juga bisa terjadi kpd yg belum berkahwin/belum pernah melakukan hunbungan seksual & boleh jelaskan faktor lain yg menyebabkan polip. Tkasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall. Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini berkenaan pendarahan haid yang tidak teratur.
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda, terdapat beberapa kondisi yang menyumbang kepada keadaan anda di mana anda mengalami pendarahan di luar waktu haid:
- Endometrial polyp (Polip di dalam rahim)
- Uterine fibroid
- Jangkitan pada organ peranakan
- Kanser rahim
- Kanser serviks
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk menjawab persoalan anda:
- Polip bukanlah disebabkan anda belum atau pernah melakukan hubungan seksual dan ya, polip boleh terjadi kepada wanita yang belum berkahwin juga.
- Tiada sebab yang jelas mengapa polip di dalam rahim terjadi tetapi ia berkait rapat dengan perubahan hormon di dalam badan anda.
Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan diagnosis yang jelas dan tepat berkenaan keadaan anda kerana anda perlu melalui pemeriksaan fizikal dan klinikal.
Sila berjumpa doktor atau pergi ke hospital jika anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Lemah badan
- Pucat
- Pitam
- Berdebar
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.