Sulit
2 tahun
Pregnant or not? Is there any chance? :sweat_smile:
Hi doc, saya 22 tahun dan baru berkahwin pada bulan 3 lepas. Semasa awal perkahwinan, saya merancang untuk belum mahu mempunyai anak. Jadi selepas bersama, saya makan pil perancang levonorgestrel. Tapi setelah itu, saya di brainwash dan saya try to conceive.
Waktu period saya seperti :-
12/1
22/2
28/3
27/4
27/5
30/6
Period saya selalunya 7-8 hari. Tapi sehingga hari ini, 7 Ogos, saya masih belum period. Tetapu saya tiada tanda2 hamil seperti yg saya google. Adakah saya mempunyai penyakit? Atau ada kemungkinan hamil? Untuk org yg tak sabar nak buat UPT, boleh ke saya amik UPT? Atau saya perlu tunggu sedikit masa lagi? Kalau saya hamil, dah berapa minggu kandungan saya ya? Hehe
Terima kasih in advance DOC
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala mengandung berbeza untuk setiap wanita, sesetengah individu bergejala, sesetengah tidak. Oleh itu, jika anda tidak datang haid dan tidak pasti pada status kehamilan anda, anda boleh menjalani ujian UPT selepas 2 minggu haid anda terlewat.
Sekiranya anda tidak pasti lagi selepas ujian UPT atau keputusan UPT positif, anda perlu mengenal pastikan status anda di mana-mana klinik atau hospital supaya anda boleh tahu berapa minggu kandungan anda serta buka buku ibu anak.
Selain itu, beberapa perkara lain juga akan menyebabkan haid terlewat, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician).