Sulit
4 tahun
Pregnant tapi period
assalamualaikum, saya nak tanya… 1/10 sy ade test upt sbb period lewat dlm 5hari…result dia positive… sy check lebih dari 2 kali still positive… tetiba 12/10 sy dtg cam period gitu… tapi tak sebanyak macam darah period… and smpai 16/10 still lagi ade keluar macam period… sy cuba test upt still lagi positive terang berderang pulak tuu… sy comfius sama ade sy pregnant or tak… sudah pergi scan, tapi belum nampak kantung lgi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah yang anda hadapi perlu dikenalpasti samada masalah haid atau spotting yang sering berlaku sewaktu kehamilan.
Spotting boleh disebabkan oleh pelbagai faktor:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami gejala seperti sakit pada rahim, pendarahan yang banyak, demam, pendarahan bersama ketulan anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Buat masa ini, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengesahkan kandungan anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.