Sulit
5 tahun
Punggung kulit mengelupas
Saya wanita lewat 20an, saya mendapati di celah punggung saya di dua dua belah terdapat kulit mengelupas dan ada yang sudah berwarna hitam. Adakah ia kerana kulit kering atau terdapat jangkitan pada kawasan itu yang menyebabkan kulit mengelupas? kadang kala kawasan disitu juga kerap berasa gatal.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kulit menggelupas pada punggung seorang wanita boleh timbul akibat pelbagai perkara seperti:
- geseran pada seluar dalam yang ketat atau antara kulit ke kulit akibat berat badan berlebihan
- Kelainan kulit seperti eczema , rambut yang tumbuh masuk kedalam daging
- Penyakit jangkitan kulit seperti kandidiasis
- Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis dan HPV
- Dermatitis akibat kontak dengan bahan baju ataupun sabun
- Keradangan pada penyakit autoimun seperti Behcet
Merujuk kepada banyaknya hal yang boleh menyebabkan tergelupas di bahagian kemaluan, jelas sukar bagi mendiagnosis penyakit sebenar melalui laman pertanyaan sahaja. Menyapu krim tidak akan menyembuhkan penyakit diatas terutamanya jika penyebab adalah jangkitan. Adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor agar dapat diperiksa dan diberikan ubat yang bersesuaian sebelum luka gelupas ini betambah parah dan menimbulkan kesakitan serta masalah lain.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































