Sulit
4 tahun
Quarantine after travel
Hi doctor, nak tanya kalau kita pergi Japan, lepas balik kena terus self quarantine ke, ataupun kalau ada symptoms of Covid-19 baru visit clinic?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, mengenai risiko coronavirus, setiap orang yang telah berkunjung keluar negara harus dilakukan penilaian risiko terlebih dahulu. Hal ini kerana, untuk setiap kategori risiko, terdapat kaedah penanganan yang berbeza-beza samaada kuarantin di rumah, isolasi di hospital, monitoring oleh pihak public health dan sebagainya.
Oleh itu, silakan untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini