Sulit
3 tahun
Rapid test hiv positive…kerja sbgai staff kesihatan adakh terhenti?bagaimana status kita akn dipaparkan?
salam sejahtera…sy seorg staff kkm…rapid test hiv sy +ve…bagaimana dgn kerja sy?? adakah rakan sekerja sy akn tahu…adakh akn dipaparkn dlm rekod??keadaan sy skrg sgt kuat utk sy amik ubt haart tu…adakh ia berkesan??? brp lma utk virus tu xdpt dikesan selpas sy mulakn rawatan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, orang yang mengetahui status HIV anda cuma doktor yang merawat anda dan anda sendiri sekiranya maklumat tersebut tidak disebarkan. Rekod anda akan disimpan rapi oleh doktor dan privasi anda akan dijaga.
Ingin kami tekankan bahawa rapid test HIV boleh memeberikan maklumat false positive, jadi anda perlu melakukan ujian lain seperti viral load dan CD4 count untuk melihat status anda.
Ubat HAART bertujuan untuk mengurangkan kandungan virus di dalam badan anda untuk membolehkan anda bekerja dengan selamat. Berapa lama untuk mengetahui sama ada virus tersebut dapat dikesan ataupun tidak adalah bergantung pada viral load anda. Lebih tinggi viral load anda, lebih banyak masa yang diperlukan. Namun begitu ia bergantung pada faktor lain juga.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berhubungi dengan doktor pakar kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.