
Sulit
3 tahun
Rasa geli bila perlu kencing
Hi Dr. Saya rasa kerap nak kencing. Paras gula normal. Buah pinggang pun tak ada masalah. Setiap kali nak kencing, akan rasa semacam geli dekat bahagian kemaluan. Kadang - kadang rasa geli sampai ke kaki atau seluruh badan. Hanya akan rasa selesa balik selepas pergi buang air kecil. Selalunya rasa geli ini hanya sewaktu saya berbaring. Masa duduk atau berdiri kalau dah nak kencing tak ada rasa geli. Adakah ini bladder overactive?
Kalau tak silap saya, masalah ini bermula selepas melahirkan anak kedua saya melalui kaedah cesarean 6 tahun lepas. Adakah ianya disebabkan kerana ada kemungkinan telah berlaku damage pada bladder ketika proses cesarean?
Saya ada mild bulging disc at level L4, L5. Sakit pinggang sekiranya mengambil benda berat. Kadang - kadang ada rasa geli pada bahagian lower back. Pernah pergi buat fisioterapi 2 ke 3 tahun lepas kerana kaki sakit dan rasa seolah - seolah kebas tetapi doktor pakar kata bukan kebas sebab saya boleh rasa sentuhan etc. Mungkinkah rasa geli bila nak kencing itu ada kaitan dengan masalah ini?
Walaupun dah agak lama saya hadapi masalah ini, tetapi sekarang ianya membuat saya sangat kurang selesa memandangkan rasa hendak kencing itu sangat kerap.
Saya harap ini bukanlah satu masalah yang serius dan tidak perlu berjumpa dengan doktor. Jika perlu berjumpa dengan doktor, pakar mana yang patut saya jumpa?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan ataupun geli pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Risau dengan masalah kegatalan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini samakin berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Perlukan penerangan selanjutnya? Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan .