Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rawatan ubat HIV dan kesan sampingan bila buat suntikan pemutih wajah dan badan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: November 19, 2019 6:32 PM

Sulit 7 bulan

saya seorang lelaki berusia 23 tahun dan sudah menerima rawatan ubat hart hiv selama 6 bulan . Persoalannya, Boleh kah saya buat Suntikan untuk kulit muka dan badan?

Dr Ramzdhan 7 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pesakit dengan virus HIV akan terdedah kepada timbulnya penyakit AIDS yang mana ia bermaksud acquired immune deficiency syndrome yang mana ini bermaksud pesakit akan mempunyai sistem imun tubuh yang lemah.

Apabila pesakit HIV melakukan rawatan berupa suntikan, ini dapat mendedahkan pesakit kepada risiko jangkitan yang mana sekiranya jangkitan ini ganas dan tidak mampu dilawan oleh tubuh, boleh menyebabkan kematian. Justeru, perawatan yang melibatkan suntikan atau darah adalah tidak digalakkan bagi pesakit AIDS lebih-lebih lagi sekiranya tempat perawatan bukanlah tempat yang mengamalkan konsep steril. Andainya anda masih mahu mendapatkan suntikan, berbincanglah terlebih dahulu dengan penyedia suntikan tersebut tentang kondisi HIV anda serta risiko-risiko yang akan dihadapi.

Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Nov 19 2019 18:32:24 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Betis terasa lenguh-lenguh Saya lelaki 20-an, betis kiri dan kanan sering terasa lenguh, untuk makluman saya melakukan kerja-kerja berat di tempat kerja, boleh beri penjelasan kenapa betis terasa lenguh? Baca lagi...
6 hari
Sulit
Garis hitam pada perut hai dokter , adakah garis hitam pada perut hanya untuk perempuan mengandung ? adakah normal apabila wanita yang tidak hamil mengalami garis hitam di perut mereka ? Baca lagi...
14 hari
Sulit
Perasaan resah dan tidak berguna serta berdebar yang tiba tiba datang tanpa sebab yang berlaku sekali sekala tidak kira wakt bila u Saya berumur 18tahun,kadang kadang ada satu perasaan yang resah gelisah dan merasa berdebar debar yang agak kuat,saya seorang yang periang tetapi apabila perasaan ini datang saya menjadi senyap … Baca lagi...
4 hari
Sulit
Assalamualaikum selamat petang doctor hendak bertanya Boleh tidur cuma bangun pagi lesu penat nak tidur petang tak boleh Baca lagi...
4 hari
Sulit
Jantung berdegup dengan laju Saya wanita berumur 20 an… Saya sering menghadapi sakit kepala yang teruk dan kekadang terpaksa memakan paracetamol… Sejak akhir-akhir ini., jantung saya berdegup dengan kencang membuatkan say… Baca lagi...
13 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi