
Sulit
5 tahun
Risiko mengandung selepas keguguran
Saya keguguran semulajadi pd 4 Feb yg lalu & usia kandungan 5weeks.Saya bersama suami selepas seminggu keguguran.Sy buat 2x UPT selepas mendapati sy mengalami simpton² kehamilan & hasilnya double line.Sy nk tnya adakah kandungan sy sgt berisiko? sbb br saja keguguran & sy mengalami kesakitan di kwsn perut & ari-ari.Sy juga dikategorikan obes & merancang untuk menurunkan berat badan.Adakah selamat jika sy berdiet ketika mengandung?apakah diet yg sesuai?bolehkah berat badan menurun ketika mengandung? sy risau faktor berat badan akan bahayakan baby.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, dengan sejarah keguguran, risiko untuk keguguran berlaku sekali lagi sememangnya ada. Namun begitu, dengan pemeriksaan antenatal yang teliti dan kerap, anda boleh mengurangkan kemungkinannya untuk berlaku.
Untuk masalah berat badan pula, anda harus bertemu dengan pakar pemakanan untuk membincangkan perkara ini. Beliau akan mencadangkan diet yang boleh anda turuti sepanjang kehamilan anda. Ibu mengandung dalam kategori obese mempunyai risiko untuk masalah seperti kencing manis semasa hamil, bayi macrosomia(bayi lebih daripada 4 kg) dan sebagainya. Saya cadangkan anda bertemu dengan pakar ibu dan anak untuk mengesahkan kehamilan anda dan memantau pembesaran bayi anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.