
Anonymous
5 tahun
Ruam kulit pada celah peha
Saya pelajar berumur 18 tahun mengalami ruam pada celah peha. Cream apekah yg sesuai saya pakai untuk hilangkan rasa gatal? Saya pernah memakai cream jenis Betnovate sebelum ni. Ianya okay,cuma memberi keredaan untk masa yg singkat shj.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah ruam biasanya boleh disebabkan oleh:
- Alahan pada material pakaian
- Ekzema
- Kulit kering
- Jangkitan kulit akibat bakteria atau kulat
Betnovate merupakn krim steroid yang sesuai untuk masalah kulit terutamanya alahan dan ekzema tetapi bukan jangkitan kulit yang memerlukan ubat spesifik misalnya ubat antibiotik atau antikulat. Ubat steroid mempunyai pelbagai kegunaan untuk sebarang penyakit termasuklah masalah kulit tetapi untuk waktu sementara sahaja kerana kesan sampingan ubat tersebut. Justeru itu, krim Betnovate tidak boleh digunakan untuk jangka panjang.
Saya cadangkan cik untuk mengenal pasti punca ruam muncul seperti material pakaian yang bersesuaian. Cik juga perlu menjaga kebersihan diri terutamanya jika kerap berpeluh. Pakaian dalam harus ditukar setiap hari and kawasan tersebut harus sentiasa dalam keadaan kering. Selain itu, cik juga boleh menyapu krim pelembap (skin lotion) di kawasan tersebut setelah mengeringkan badan setiap kali selepas mandi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.