Sulit
3 tahun
Runsing…demam sudah 2 minggu
Saya wanita berumur 34thn…demam.dah dua minggu…dah pergi hospital utk saringan covid ttapi ditolak…sy dah ambil antibiotik dr hospital…dan klinik…pada mulanya saya ambil chephalexin…than ke hospital sebab demam masih tak ok…doktor beri pula augmentin…hbis augmentin still demam sampai hari ini…sy tak ada batuk.tak ada selsema…cuma tekak saja merah…tapi tak sakit bila mkn atau minum…tadi saya pergi lagi hospital doktor beri pula antibiotik penavilin…dah banyak antibiotik yg sy makan…tapi penicilin tu saya belum makan lagi…saya rosau sgt kesihatan saya…ytolong saya doktor…saya buntu…tadi sata cek suhu badan 37.7…suhu mmg begotu sahaja selalu walaupun sudah demam 2minggu…tapi badan kaki tangan dan kepala sgt panas…mata pun rasa panas
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keluhan demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Namun, demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- demam denggi
- viral
- penyakit tuberkulosis
- Malaria
- Kencing tikus
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.