
Sulit
4 tahun
Sakit ari ari di bahahian kanan
Salam,sy umo 29 dah berkahwin.sy nk tnye.klu rase nyeri kt ari² pastu cm kuar darah ketul sikit².tu ngandung ke… sy rase xbest kt atas ari2 tu belah kanan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ari-ari. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Masalah ginekologi (Senggugut, Masalah di rahim atau serviks)
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Saluran kencing tersumbat
Mengenai ketulan darah yang keluar, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami gejala seperti:
- ingin pengsan
- degupan jantung lemah
- keletihan
- sukar bernafas
- tangan dan kaki menjadi sejuk
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala tersebut mengganggu aktiviti harian anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih