
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian zakar
Saya berumur 35 saya pernah jatuh tangga telur kemalu ada tertekan kedalam satu ketika saya mengankat benda berat saya rasa bahagian kemaluan terasa sakit…pinggan saya sakit…sekarang saya mudah pening Dan sakit badan doktor ada chek pada bahagian zakar tapi mengatakan normal…tapi saya di sarankan membuat scan bahagian tersebut Tetapi hospital swasta agak mahal .mungkin bahagian buah zakar ada masalah atau Batu karang…bila di rujuk hospital kerajaan sekarang pada Kes covid ni hospital tidak terima pesakit luar…bila pergi klinit kerajaan hanya bagi ubat tahan sakit…makin lama badan makin lemah.cepat letih rasa loyer nk mutah selalu sakit kepala rasa macam nk demam…angin makin banyak satu badan boleh di kata saya kerap buang angin pada setiap jam…bagai mana saya nk jurujuk pada pakar hospital kerajaan pada musim ni kerana kos yang tinggi pergi hospital swasta…ada kah kecederan bahagian kerandut membuat tanda itu tadi…harap pihak doktor membantu saya dangan masalah saya kerana mengangu rutin harian untuk berkerja…hari hari saya makan Penedol untuk tahan rasa nak demam atau rasa sakit lesu badan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Orchitis
- Tortio testis
- Epididimitis
- Trauma pada zakar atau testis
- Kanser testis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.