Sulit
2 tahun
Sakit belakang dan dada
Saya berumur 36 tahun. Pernah mengalami gastrik pada waktu2 tertentu sebelum ini. Dalam bulan puasa ni,saya kerap sakit belakang dan ada ketika bila tarik nafas jadi semput dan sakit sedikit dibahagian dada.Selalunya terjadi sewaktu di tempat kerja dan selalu terjadi pada jam 3pm ke atas. Rutin kerja saya banyak melibatkan angkat beban yang berat dan berdiri agak lama. Pernah terjadi sebelum ini pada bulan biasa,sekiranya saya lewat makan atau kuantiti makanan yang diambil sedikit. Saya terpaksa duduk seketika untuk mengurangkan rasa tersebut.Namun apabila dirumah,ia tidak berlaku. Cuma sakit belakang biasa sahaja. Untuk makluman tuan, berat saya sekarang 45kg. Adakah ia simptom sakit jantung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Masalah tulang belakang
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sukar untuk kami katakan punca sakit dada yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan lanjut oleh doktor dan siasatan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca masalah yang dialami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.