
Sulit
5 tahun
Sakit dada bahagian kiri atau kanan secara tiba- tiba
Hi dr. Saya nak tanya, kadang2 saya terasa sukar untuk bernafas. Rasa sakit secara tiba-tiba di bahagian kiri atau kanan dada ketika menarik nafas. Semakin saya cuba utk menghembus atau menarik nafas, maka rasa sakit itu semakin perit. Jadi saya terpaksa menghembuskan nafas secara perlahan-lahan walaupun terasa sakit. Jadi kenapa perkara ini kadang2 terjadi kepada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Sakit dada sebelah kiri atau kanan berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Antara punca lain berlakunya sakit dada di bahagian kiri adalah:
- Radang paru-paru
- Jangkitan paru-paru
- Sakit pada bahagian otot, tulang dan saraf dada
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih