
Sulit
4 tahun
Sakit dada,cemas dan gastrik
Hai doktor. Saya seorang wanita berumur 20 tahun ,saya sering cemas dan stress memikirkan tentang perkara yang masih belum berlaku.Saya juga kerap sakit dada serta tegang dada dan rasa seperti nafas saya pendek,rasa seperti ada sesuatu di kerongkong dan saya juga mempunyai masalah untuk tidur.Adakah penyakit saya ini mempunyai kaitan dengan masalah serangan jantung atau hanya disebabkan oleh gastrik dan cemas?Terima kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi seperti mudah panik.
Untuk mengetahui punca masalah sakit dada dan gangguan tidur yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh berbuat demikian dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.