Acapanis97
3 tahun
Sakit Dada Ketika Bernafas
Hi Slm dan Slmt Sejahtera, Sy Rafzam dan Berumur 23thn, Sy mengalami terasa sakit ini sudah hampir 1tahun, Pada awalnya rasa sakit Biasa… Semakin Lama sy mula rasa SukarBernafas, Bernafas semakin pendek dan laju, Bila sy cuba tarik nafas lebih dalam dan lama, Dada Kiri Terasa sakit Seperti Dicucuk benda tajam dibahagian Jantung,Degupan x menentu Kencang dan perlahan… Saat baring dlm posisi mengiring kekiri Sy alami rasa sakit yang sama, (Dalam Seminggu 2/3 kali sy akan rasa sakit macam ni) Mohon dapat membantu soalan sy… Terima kasih…
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Masalah pernafasan pula boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.