
Sulit
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan sesak
salam sejahtera. saya nak tanya last week saya ada jumpa dentist then dentist tu prescribe saya paracetamol, diclofenac dan antibiotik. so saya makan macam biasa pastu hari ahad tu saya macam rasa tak selesa dibahagian dada macam sesak lagi lagi bila baring pastu saya stop makan semua ubat tu immediately then ingat cam okay but still rasa tak selesa so saya pergi balik dentist tanya kenapa then dia kata cam impossible kalau saya allergic sbb saya rasa sesak after 24hrs camtu then saya still tak puas juga sbb even dah discont pun still tak selesa so esoknya saya pergi buat check up di klinik kerajaan. peg perubatan tu kata maybe sbb allergic so stop lagipun dia tak sure ubat mana yang allergic tu. so saya cakap even dah stop pun still sesak kenapa? pastu dia suruh cek ECG tp ECG pun dia kata okay then dia prescribe ponstan 250mg. masih tak puas hati juga sbb tak selesa then decidela pergi hosp, buat ECG tp first dr tu go thru chart ECG tu dia cam lama then dia kata jap nak tanya specialist then after tu dia kata normal and all. maybe sbb diclofenac tu kuat sangat and dr tu kata maybe saya ada gastric and dia prescribe saya ranitidine dgn ubat kapur tp kenapa still tak selesa juga hm s help thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda sakit dada kiri disertai sedawa dan angin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- sakit otot dan tulang
- sakit paru-paru
Untuk makluman anda, ubat painkiller seperti diclofenac boleh menyebabkan asid perut meningkat sehingga menimbulkan gejala seperti pedih ulu hati yang sering dikelirukan dengan sakit dada. Walaupun anda telah diberikan ubatan yang seharusnya dapat meneutralkan asid perut yang naik, terdapat beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.