
Sulit
4 tahun
Sakit dada setiap malam ketika tidur dan sesak bernafas
Heelo dan maaf mengganggu doktor…sy seorg lelaki berumur 22tahun…baru2 ini sy mengalami masalah gastrik…kemudian hilang…akan tetapi ia dtg semula dan tambahan dgn sakit di bahagian dada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah gastritis juga boleh menyebabkan masalah sakit di bahagian dada. Selain pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut masalah ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah sakit dada yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.