
Sulit
4 tahun
Sakit dan nyilu semasa buang air kecil serta zakar mengeluarkan cecair seperti nanah, adakah sakit ini simtom sifilis? Bagaimana cara untuk merawat sakit saya ini DR
Hi DR. Saya berumur 32 tahun dan mengalami sakit,nyilu dan pedih semasa membuang air kecil,serta zakar saya mengeluarkan cecair seperti nanah. Adakah sakit saya ini di sebabkan oleh penyakit sifilis dan bagaimana untuk merawat dan menyembuhkan sakit saya ini DR.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu kesakitan ketika membuang air kecil dan keluarnya cecair seperti nanah pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sista
- Jerawat
- Ingrown hair (bulu yang tumbuh ke dalam)
- Fordyce spots
- Ketuat
- Penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis- pemeriksaan komprehensif diperlukan sebelum diagnosis
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk menentukan punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Dengan itu, barulah rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung kepada doktor di klinik/hospital berdekatan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera