
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian dada belah kanan
saya permpuan. Lately ni saya sakit di bahagian dada kanan bila sya baring mengiring. Rasa mcm sakit di bahagian dalam. Bila di tekan pon rasa sakit. Check takda sebarang ketulan. Knp jadi cmtu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit di bahagian dada juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan hormon atau payudara
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.