fatinazera301
4 tahun
Sakit di bahagian dada kadang-kadang terasa ingin batuk. Kebiasaannya berlaku pada waktu malam sebelum tidur atau seawal bangun pagi. Ada juga sendawa beberapa kali
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr. Saya wanita berumur 23 tahun. Kebelakangan ini, saya ada mengalami masalah sakit dada. Ianya tidak berlaku secara berterusan tetapi kadang-kadang. Saya mempunyai beberapa symptom ini :
- Sakit di bahagian tengah dada
- Kadangkala terasa lenguh sendi
- Kadangkala terasa sakit di bahagian kiri atau kanan dada
- Terasa ingin batuk bila dada rasa kurang selesa
Adakah ini berkaitan dengan apa-apa masalah kesihatan? Terima kasih Dr.
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.