Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian dada kanan dan batuk teruk
Saya ada asthma dan dalam 2minggu ni…saya mempunyai batuk yang teruk dan mengakibatkan asthma saya jadi teruk walaupun saya menggunakan inheler untuk melegakan…tapi,sebaliknya…setiap malam saya susah untuk tidur dan saya akan pastikan waktu saya tidur saya akan menghisap gula² hacks u melegakan batuk saya…semalam,saya sukar untuk bernafas dan waktu saya tarik nafas,batuk…tiba² dada belah kanan saya sakit yang teramat sangat.sampaikan saya dah x tahu nak buat apa…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah batuk boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Keradangan sistem pernafasan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.