
Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian rahim Dan ngilu pada vagina
Selepas saya main skipping. Saya rasa amat sakit di bahagian rahim. Kemudian rasa ngilu di bhgian vagina. Semasa skipping jugak xalaupun saya rasa xnk kencing tiba tiba sahaj air kencing keluar dgn banyak. Kenapa ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan seksual - leher rahim terbuka dan membuka ruang untuk bakteria masuk dan membiak.
- Jangkitan kulat faraj
- Trauma faraj
- Infeksi pada dinding faraj- Lapisan dinding rahim akan gugur bersama darah haid, membiakkan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan saluran kencing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.