Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian kulit zakar lelaki jika terkena air
Saya mengalami masalah sakit di zakar jika terkena air atau mandi…ia terasa dibahagian kulit… tiada luka dikawasan tersebut… Sakit ini juga terjadi jika melakukan kerja kerja berat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pada zakar jika terkena air atau melakukan kerja berat. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Kecederaan pada zakar -adanya luka pada kulit zakar
- Peyronie’s Disease (apabila terdapat keradangan pada otot tisu zakar anda yang menyebabkan penghasilan tisu parut pada bahagian otot zakar)
- Priapism (zakar menegang dengan terlalu lama dan menyebabkan kesakitan akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit darah beruk, gangguan mental, penyakit darah, penggunaan alkohol, kecederaan pada zakar atau saraf tunjang)
Untuk mengetahui punca serta rawatan kepada masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































