Sulit
5 tahun
Sakit dibahagian perut kiri dan zakar
saya lelaki berumur 19 tahun…saya mengalami sakit perut dibahagian kiri perut sehingga buah zakar kiri…dan demam…ada kah ubat ini dijual di farmasi?untuk mengatasi masalah ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, secara umum, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Testicular torsion - buah zakar berbelit
- Epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- Orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
- Masalah pada prostat
Untuk mengetahui rawatan atau ubat-ubatan yang tepat bagi menangani masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan yang menyeluruh adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Hal ini kerana mungkin terdapat beberapa penyebab lain yang tidak disenaraikan di atas.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































