Sulit
3 tahun
Sakit gastrik yang lama dan mendapat rawatan berlainan klinik
Doktor saya wanitaberumur 50 taun mengalami sakit gastrik. Dan saya telah pergi kilinik yg berlainan disebabkan ubat yg diberikan tiada perubahan saya masih sakit lagik. Boleh ke saya terus makan ubat dr klinik yg ke 2. Mohon pencerahan dari doctor
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gastritis adalah satu kondisi yang mana lapisan dalam perut terjadi keradangan. Hal ini biasanya berlaku disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria H. Pylori, H. Heilmannii, virus, dan lain-lain
- Autoimun
- Pengambilan ubat NSAID
Apabila kondisi diatas tidak terkawal, biasanya keadaan boleh memburuk sehingga terjadi penyakit-penyakit yang berikut. Antaranya:
- Ulser perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Esophagitis
Saya tidak boleh mengulas tentang rawatan yang doktor di kedua-dua klinik beri kepada anda kerana saya tidak mengetahui apakah ubat yang diberikan.
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.