Sulit
3 tahun
Sakit Jantung dan Gastrik
Salam doctor.Ayah saya berusia 62 tahun dan mengalami masalah jantung NSTEMI pada awal bulan 10/2020.Tetapi beliau tidak menjalani rawatan Angiogram. Sekarang beliau hanya bergantung dengan ubat yang diberikan oleh pihak hospital.Semenjak itu, beliau menghadapi masalah perut kembung hampir setip hari.Kami telah merujuk ke hospital dan mendapati itu adalah disebabkan oleh gastrik.Namun walaupun makan ubat gastrik kembung dia tetap tidak hilang.Dan sekarang dia ingin mencuba mengambil suplement yang diiklan di Facebook yang mendakwa mampu merawat kembung perut dan sebagainya.
Soalan saya, adakah masalah gastik itu berkait rapat dengan masalah jantung yang dihadapi? Dan apakah yang perlu beliau lakukan untuk menghilangkan kembung perut tersebut.terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala sakit jantung yang di iringi sakit perut boleh berpunca dari pelbagai gangguan. Antaranya termasuk:
- Sakit jantung yang menjalar melalui persarafan
- Gangguan jantung yang disertai gangguan saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- Kesan sampingan ubat (i.e. NSAIDS)
- Masalah anxiety (rasa cemas yang berlebihan)
- Stress yang berlebihan
Saya menasihatkan anda untuk cuba menjauhkan diri (atau kurangkan) dari faktor yang boleh di cegah dahulu seperti stress (sekiranya ada), dan tabiat makan yang tidak sihat. Selain itu, tidak menggunakan apa-apa suplemen tambahan tanpa terlebih dahulu berkonsultasi dengan doktor jantung anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan susulan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!