Anonymous
6 tahun
Sakit kelamin( shpylis)
Lelaki berumur 40. Ingin dptkn nasihat tentang penyakit shpylis. Di mana bole dapatkan ubat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sebelum saya menerangkan tentang sifilis, terdapat beberapa soalan yang ingin saya tanyakan seperti bagaimana anda tahu masalah tersebut adalah sifilis? Adakah anda yang mengalaminya? Atau orang lain. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit kelamin yang boleh muncul dengan gejala yang sama dan ubat untuk merawatnya adalah berlainan.
Biasanya sifiis muncul dengan gejala pada tahap pertama iaitu chancre atau kudis/ulcer pada bahagian kemaluan. ia juga boleh muncul di bahagian mulut. Terdapat beberapa tahap jangkitan sifilis dan gejala pada setiap tahap adalah berlainan.
Ubat bagi rawatan sifilis memerlukan preskripsi doktor. Oleh itu, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar masalah sebenar boleh dikenal pasti dan rawatan yang sesuai boleh diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.





















