
Sulit
4 tahun
Sakit perut 2 hingga 3 hari straight dan akan mula start sakit petang hingga keesokan hari. Makan ubat pun still sakit
Saya akan start sakit perut bila makan lewat dan makan pedas walau pedasnya 1/100 kepedasan. Kadang makan macam biasa pun sakit tu akan datang sendiri. Doktor diagnosed kata gastric tapi sakit saya ni berlarut sampai 2-3 hari walaupun makan tepat pada waktu. Bila sakit perut tak boleh dikempeskan atau sentuh langsung. Jalan akan membongkok dan sakit bila berdiri tegak. Kadang bila tahan sakit tu dada akan rasa sakit dan juga belakang badan. Ubat air untuk gastric tu tidak berkesan untuk saya. Itu saja, thank you in advance doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.